TENTANG SAYA

Salam sejahtera.

Hai, saya Amaruszati Noor Rahim. Saya seorang penulis skrip dan novel yang pernah memenangi beberapa anugerah sastera perdana dan menghasilkan 10 buah novel. Pernah berkhidmat sebagai editor dan wartawan, juga sebagai fasilitator sastera dan budaya di PLKN,

Di atas kesedaran terhadap halalan toyyiban, saya menceburkan diri dalam bidang hiasan kek dan membuka Akademi Bakeri Zati D Hati pada tahun 2011. Bagaimanapun banjir besar 2013 menguji redha seorang  Amaruszati. Kerugian RM160K di dalam tragedi itu tidak mematahkan semangat saya. Saya beralih bidang ke arah penghasilan produk industri kecil dan sederhana dan mengeluarkan produk acar dan sambal dengan jenama acarjutawan,

Saya sentiasa membuat penambah baikan kepada pembungkusan, rasa, dayaketahanan dan sebagainya. Kilang kami mendapat sijil Mesti, Halal JAKIM dan membuat ujian microb. Kini produk saya menggunakan jenama ZATYS.

Pada tahun 2016, saya menerima anugerah IKON USAHAWAN WANITA PAHANG 2016.

Dua produk ZATYS memenangi anugerah peringkat kebangsaan. Acar Ikan masin Kurau memenangi hadiahpertama kategori  inovasi MAHA 2014 dan Acar Hitam Ikan Masin memenangi tempat ketiga hadiah inovasi Hari Peladang , Penternak dan Nelayan 2015.

Saya juga bergiat dengan kerja amal dan merupakan ketua biro amal CIAT. Pada tahun 2015 dan 2016, saya dianugerahkan Anugerah Khas Kerja Amal CIAT.

 

Tunggu! Di mana-mana bau duit! Takkan nak bau je? Dapatkan panduan ibu duit melekat kat anda bernilai RM99.

Masukkan nama  dan email.

Awesome! Bau duit di kotak emel anda sekarang. Sila semak emel anda.