AMARUSZATI MENULIS…

Cubaan menulis semula kisah-kisahkusemenjak kecil adalah satu latihan untuk menduga ingatanku semula. Semenjak terlibat dengan kemalangan jalanraya sepulanganku dari tugasan ketua fasi sasera budaya di Kem PLKN Pinggiran Pelangi,Muadzam Shah, banyak hal yang aku lupa terutama hal-hal yang baru berlaku. Tinta Amaruszati diharapkan akan menjadi satu terapi memori.

===============================================================================

KECIL-KECIL dulu, aku tidak tahu membezakan susah atau senang. Lingkup duniaku kecil- hutan dan semak, pondok kecil satu bilik, paya dan kebun getah,  belukar dari pondok ke rumah Tok. Tidak ada mainan yang mewah. Satu anak patung cukup untuk zaman bocah. Selebihnya patung kekabu yang mak buatkan untukku.

Kami tinggal di Alor Ara yang sunyi, jauh dari hingar bingar. Kokok dan ketak ayam, siulan burung dan bunyi cengkerik, itulah yang menjadi lagu hari. Tiada papan gelungsur, tiada jongkang jongket.Yang ada main tarik upih, layang-layang, lempar selipar, galah panjang,batu seremban, main masak-masak dan bersanding.

Ayah menoreh getah. Bukan sekali aku ditinggalkan terjerit2 di pondok kecil sementara mak dan ayah ke keebun getah yang jaraknya 10 minit jika berbasikal. Itu adalah bahagian ketakutan dan rasa sendirian. Ubat untuk ketakutan itu adalah sejabir buah getah dan buah kancil yang manis masam atau  buah kemunting yang ungu dan manisya  yang dibawa pulang mak ayah.

Hadiah yang paling aku suka sebagai ubat ketakutan ditinggalkan adalah gula-gula.Tapi jarang-jarang dapat. Perisa yang paling aku suka – gula-gula nenas. Isinya berwarna oren dan  pembalutnya juga berwarna oren. Aku suka mengulumnya saja di dalam mulut, berharap ia lambat habis.

Selepas makan makanan yang pedas, aku suka mencuri sedikit gula dari gobok mak. Awas, jangan sampai mak nampak. Lebamlah kena cubit. Mak ajar minum air panas-panas untuk menghilangkan rasa pedas. Adakah anak-anak zaman ini diajar begitu?

===================================================================================

Nota:

Saat saya menulis ni akal saya berfikir tentang gula2 perisa nenas itu mungkin menggunakan perisa semata-mata tetapi rasanya sangat menggoda. Saya penggemar nenas. Saya suka cecah dengan garam kasar. Suka juga makan dengan kicap pedas.

Ketika rakyat Malaysia mula terbuka mata terbuka selera menerima Sambal Hitam Pahang sebagai menu tradisi yang memikat selera, saya melakukan inovasi dengan membuat Sambal Hitam Nanas. Inovasi ini saya lakukan bagi  memenuhi keinginan pecinta sambal yang allergic kepada belimbing buluh.

Alhamdulillah, inovasi yang saya lakukan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Empulur nenas turut dimasukkan sekali ke dalam sambal bagi menimbulkan rasa seratnya.

Sambal Hitam Pahang Original(atau ada yang menyebutnya sambal hitam, ada yang menyebutnya sambal Pahang) dibuat menggunakan belimbing buluh.  Sambal hitam pahang original dan sambal hitam nanas keluaran zatys bukan saja sedap dimakan bersama nasi, malah bersama roti,bubur, oat, lempeng, cekodok malah boleh dijadikan paste ke dalam masakan.

Sambal Hitam Pahang Original terbaik.

Sambal Hitam Nenas apa kurangnya!

Tunggu! Di mana-mana bau duit! Takkan nak bau je? Dapatkan panduan ibu duit melekat kat anda bernilai RM99.

Masukkan nama  dan email.

Awesome! Bau duit di kotak emel anda sekarang. Sila semak emel anda.